07:30–08:00
Ketibaan dan Permainan Bebas
Menyambut murid, pemeriksaan kesihatan, rekod kehadiran dan Log Anak; bermain di ruang pembelajaran.
08:00–08:20
Sarapan Pagi
Membaca doa makan, adab makan dan pemakanan sihat.
08:20–08:40
Perbualan Awal
Lagu Negaraku, kehadiran, berkongsi idea dan bercerita (20 minit sehari).
08:40–09:10
Aktiviti Fizikal
Senaman pagi dan aktiviti fizikal di luar, 30 minit sehari (150 minit seminggu).
09:10–10:10
Aktiviti Pembelajaran 1
KP2026 (4–6 tahun): Pendekatan Bertema, projek, pusat pembelajaran. PERMATA (0–4 tahun): aktiviti modul mengikut umur.
10:10–10:50
Rehat dan Minum Pagi
Snek, pengurusan diri dan tandas; rehat 40 minit sehari mengikut KP2026.
10:50–11:15
Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
Minimum 120 minit seminggu; Pendidikan Islam jika terdapat 5 murid Islam atau lebih.
11:15–12:10
Aktiviti Pembelajaran 2
Termasuk Baca Bersama 30 minit seminggu dan bercerita.
12:10–12:20
Aktiviti Penutup
Rumusan dan refleksi pembelajaran pagi. Tamat sesi prasekolah 4 jam.
12:20–13:00
Makan Tengah Hari
Doa sebelum dan selepas makan, adab makan.
13:00–13:20
Bersihkan Diri
Gosok gigi, tandas, tukar pakaian atau lampin.
13:20–15:20
Rehat dan Tidur
Rehat dan tidur 1.5–2.5 jam (bayi 3–7 jam sehari); aktiviti senyap bagi yang tidak tidur.
15:20–15:40
Mandi dan Bersihkan Diri
Bangun tidur, mandi atau bersihkan diri.
15:40–16:00
Minum Petang
Snek petang yang sihat.
16:00–16:45
Aktiviti Petang
Aktiviti PERMATA, pengayaan, bercerita dan permainan bebas dibimbing.
16:45–17:30
Bermain di Luar
Nature walk, main pasir, main air dan peralatan luar.
17:30–18:30
Refleksi dan Waktu Pulang
Imbas kembali aktiviti hari ini, rekod waktu pulang dan Log Anak kepada ibu bapa.